March 28, 2012

Adakah GMJ yang Mengharamkan Israel? Tidak Sama Sekali.



Selasa, 27 Mac 2012 / oleh Paul Larudee, Feroze Mithiborwala dan Ali Mallah, Huffington Post - Israel berjustifikasi berkenaannya yang dianggap sebagai paria antarabangsa. Walaupun mereka menyedari bahawa kemampuannya bergantung kepada pilihanraya Amerika - dan dengan itu mereka membina hubungan struktur kuasa dengan Amerika Syarikat – mereka muncul lebih kuat berbanding sebelum ini, pemikir strategi utama Israel, di Institut Reut, menganggap reputasi Israel berada di dasar, selari dengan ancaman terbesar atas kewujudannya.

Ini adalah kerana Israel telah, pada dasarnya, meletakkan semua risiko di dalam kuasa Amerika. Kuasa Amerikalah yang menyebabkan Israel menerima layanan yang terhormat di kebanyakan negara Eropah, dan juga membolehkan beberapa negara Arab seperti Jordan dan Mesir untuk memajukan kepentingan Israel dengan mengendahkan kehendak rakyat mereka sendiri. Tanpa campur tangan diplomatik AS, sokongan dan tekanan politik, ia diragui bahawa mana-mana negara di dunia akan mempertahankan polisi Israel. Malah, segelintir negara-negara pulau Pasifik yang konsisten menyokong Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tidak disangka-sangka mengambil langkah pengecualian dan ini membuktikan lagi kenyataan di atas.

Kebimbangan mereka adalah, walaupun Israel memenangi kerajaan negara-negara yang mereka perlukan sebagai ‘rahmat yang baik’ untuk mereka dan memenangi kerajaan saudara terbesar mereka, Amerika - mereka kehilangan sokongan rakyat dari kerajaan-kerajaan tersebut. Malah perkara ini sangat jelas dalam kes sekutu AS di dunia Arab, ia mungkin kurang berlaku dalam masyarakat seperti Sepanyol, Belanda, India, Greece dan lain-lain.

Kerajaan Greece, sebagai contoh, menghina dirinya dengan menghalang kapal konvoi aman daripada meninggalkan pelabuhannya menuju ke Gaza pada tahun 2011, demi menjaga hubungan dengan Israel. Jika kita mahu lihat bagaimana perasaan orang-orang Greek di sisi lain, kita hanya perlu melihat kebanggaan mereka dalam menganjurkan kempen popular pada tahun 2008 untuk memecahkan pengepungan Israel ke atas Gaza, seperti yang ditunjukkan dalam filem Greek, Gaza, We Are Coming, atau pada perlawanan bola keranjang baru-baru ini di antara Israel dan orang Greek, yang lebih menunjukkan mengenai perpaduan antara Greek dengan Palestin daripada perlawanan olahraga.

Perarakan Global ke Jerusalem, satu pergerakan untuk menghalang pengusiran dan peminggiran rakyat Palestin di Jerusalem dan bumi Palestin yang lain, hanyalah lanjutan daripada inisiatif-inisiatif popular ini, yang mana Institut Reut dapat melihat perkembangannya. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesilapan besar untuk menganggap bahawa inisiatif itu adalah punca ketidak pengiktirafan Israel. Sebaliknya, ia adalah tindakan Israel itu sendiri dan dasar yang mereka wujudkan menunjukkan imej mereka sebagai seorang pengamal pembersihan etnik dan pencabul hak asasi manusia.

Apa yang anda boleh katakan untuk meletakkan persepsi positif terhadap pencabulan hak 70,000 penduduk Palestin di Jerusalem, yang dilaksanakan dengan arahan yang dikeluarkan oleh datuk Bandar Jerusalem, NIR Barakat, pada 26 Disember, 2011? Apa yang kita boleh justifikasikan tentang dasar pengurangan penduduk Palestin di Jerusalem dari 37% kepada 30%? Dan mengurung penduduk tadi dalam 6% daripada keluasan tanah? Tentang rutin yang menafikan pengembangan perumahan di atas tanah Palestin? Pada beribu-ribu rumah yang sudah sedia ada tetapi diarahkan supaya diroboh?

Jika penduduk dunia enggan untuk berdiri menentang jenayah tersebut, dan tidak mengatur diri mereka dalam sebuah protes aman dan perarakan anti ganas untuk menzahirkan kehendak mereka, adakah pergerakan ini adalah punca kepada imej buruk Israel, atau kedua-dua itu adalah akibat tindakan Israel? Tidakkah kita terfikir bahawa dunia telah berputus asa dalam kepimpinannya untuk menuntut agar Israel bertanggungjawab, dan itu telah mencipta inisiatif popular seperti flotilla Gaza, Perarakakn Kemerdekaan Gaza , dan Perarakan Global ke Jerusalem?

Jika terdapat satu trend, ia adalah ke arah meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat dunia, dengan perkongsian dan rangkaian baru yang membentuk kepada pakatan yang lebih besar untuk tindakan ini. Tindakan ini tidak mungkin berubah disebabkan propaganda Israel yang ‘membersihkan’ usaha perhubungan awam atau cubaan manipulasi pendapat yang lain. "Anda tidak boleh menipu semua orang selama-lamanya," kata Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln.

Semakin bertambah golongan manusia yang kurang cenderung untuk ditipu, dan mereka lebih cenderung untuk merealisasi kehendak mereka. Perarakan Global ke Jerusalem, yang melibatkan berpuluh-puluh negara dan beribu-ribu peserta, adalah inisiatif terkini dan mungkin yang terbesar dan inisiatif ini menyuarakan kehendak yang pelbagai. Walau bagaimanapun, ia tidak dijangka untuk kekal terus begitu lama.







0 comments:

Post a Comment