Rabu, 28 Mac 2012 / PNN - Rabbi Lynn Gottleib, yang telah berkhidmat dalam sebuah jemaah di Amerika Syarikat selama 37 tahun, adalah salah satu daripada lapan wanita pertama yang menjadi Rabbi dalam sejarah Yahudi, dan telah menjadi seorang aktivis perpaduan Palestin selama lebih 40 tahun. Dia memberitahu PNN tentang pentingnya keadilan di Palestin dan menzahirkan harapannya untuk masa depan rantau ini.
Beliau kini tinggal di Community of Living Traditions, sebuah kediaman masyarakat berbilang agama kira-kira 40 batu dari New York City. Dalam kenyataan yang dibuat oleh belaiau, Palestin adalah suatu tempat "di mana orang Islam, Kristian, dan Yahudi tinggal bersama-sama untuk belajar dan mengamalkan kehidupan anti keganasan dengan tradisi kita sendiri, dan untuk memperjuangkan keadilan di dunia."
"Kami melatih aktivis untuk kerja perpaduan ... kita bersama-sama mengusahakan pusat persidangan dan kami juga menawarkan pelbagai jenis program, seperti seni ketahanan, dan dialog antara agama untuk tindakan: apabila anda memulakan suatu dialog maka apa tindakan seterusnya, apa yang kamu lakukan selepasnya? Kami mempunyai bidang kepentingan khas seperti keadilan untuk orang-orang yang dipenjarakan, dan advokasi hak asasi manusia. "
Mengenai konflik Israel-Palestin Gottleib berkata "bagi saya ini bukan konflik simetri. Ini adalah konflik antara orang yang dijajah dengan penjajah. Saya suka setiap orang: setiap manusia mempunyai hak dalam kebebasan bergerak, mempunyai hak untuk tinggal di rumah mereka tanpa rasa takut jika rumah mereka dimusnahkan, mempunyai hak untuk melaksanakan proses undang-undang, dan mempunyai hak ke atas tanah mereka tidak dirampas. Jadi, apabila saya melihat konflik itu saya melihat dari perspektif itu: bagaimana untuk menamatkan penjajahan ini."
Gottleib telah melibatkan diri dalam Perarakan Global ke Jerusalem, yang akan diadakan pada hari Jumaat di bandar-bandar di seluruh dunia, di Jerusalem, dan di sepanjang sempadan Israel. "Ini adalah salah satu daripada peluang yang banyak untuk membuat kenyataan awam mengenai keperluan untuk menamatkan penjajahan, untuk merobohkan dinding, untuk mendukung piawaian antarabangsa mengenai hak asasi manusia, dan untuk menghormati maruah manusia dengan mengundurkan ketenteraan di pihak Israel."
Golongan Skeptik telah menyatakan kebimbangan mereka tentang perarakan yang boleh bertukar menjadi ganas, dan kerajaan Israel juga telah mengutuk protes ini. "Saya fikir ini adalah salah satu langkah dalam banyak langkah dan ia adalah mustahil untuk mengetahui bila usaha besar-besaran beberapa generasi ini akan membuahkan hasil, tetapi kita tidak boleh berhenti bertindak kerana anda tidak tahu bila ia akan membuahkan hasil, anda perlu terus bertindak bagi pihak generasi sekarang dan generasi yang akan datang. Saya telah mendengar cerita terkini bukan sahaja daripada orang saya sendiri tentang Holocaust dan sebagainya, tetapi juga dari rakyat Palestin yang telah mengalami Nakba, Naksa, serta intifada pertama, intifada kedua dan sebagainya. Saya merasakan bahawa pada hari ini terdapat peningkatan tentang kesedaran ini di kalangan orang ramai bahawa kita perlu mewujudkan perpaduan global untuk menamatkan penjajahan, dan insyaallah kita akan melihat hasilnya dalam hayat kita. "
Mengenai statusnya sebagai salah seorang daripada lapan rabbi pertama dalam sejarah Yahudi, Gottlieb berkata: "ia adalah sebahagian dari perjuangan, tetapi sejarah sudah bersedia untuk kita apabila kita datang akhirnya." Wanita pertama rabbi Regina Jonis ditempatkan di Jerman pada tahun 1935, dan beliau terkorban di Auschwitz semasa Holocaust. "Sejarah telah bersedia untuk kita. Dan saya berharap bahawa sejarah sudah bersedia untuk umat Islam, Kristian, dan Yahudi; Israel, kedua-dua Yahudi dan 1948-ers, dan rakyat Palestin. Saya berharap sejarah bersedia untuk kami yang akhirnya akan hidup bersama secara aman dan dalam keadilan. "
Dalam komen penutup, Gottleib menyatakan bahawa beliau ingin lebih ramai orang memikirkan tentang Palestin dalam satu sisi dan melawat rantau ini tanpa rasa takut: "Saya ingin menyeru kepada saudara-saudara saya yang berbangsa Yahudi agar tidak berasa takut dan datang melawat Palestin yang cantik. Saya telah datang ke sini selama bertahun-tahun dan telah mendapat layanan yang begitu baik, mendapat ‘rahmat’ dan kecantikannya." Beliau menambah, "kita benar-benar tidak boleh membiarkan ketakutan menentukan bagaimana kita perlu bertindak antara satu sama lain. Kita perlu mempercayai antara satu sama lain dan cuba untuk mewujudkan satu situasi di mana kita boleh hidup bersama-sama dalam kemerdekaan , jadi datanglah melawat. "





0 comments:
Post a Comment