March 11, 2012

Sayap GMJ-Asia Tiba di Karachi-Pakistan


Pasukan Global March to Jerusalem telah sampai di Karachi-Pakistan pada hari Sabtu.
Pasukan ini terdiri daripada rakyat Indonesia, Malaysia and Filiphine.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Palestin Foundation (PLF) Pakistan, beratus-ratus perwakilan ini adalah sebahagian daripada GMJ

Pemimpin pusat Pakistan PLF dan ahli jawatankuasa kerja memberikan sambutan yang hangat kepada perwakilan dari Asia. Mereka menghujani tetamu dengan kelopak mawar dan memakaikan mereka dengan kalungan. Orang dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk wartawan media menyambut mereka dengan slogan pro-Palestin.

Lebih ramai delegasi yang akan sampai ke sini untuk menyertai pasukan ini. Mereka termasuklah pasukan dari India yang memasuki Pakistan melalui Sempadan Wahga. Mereka akan membuat kenyataan akhbar dan juga melawat makam pengasas Pakistan Mohammad Ali Jinnah. Pasukan Asia akan sampai ke Beirut melalui Iran dan Turki.

Duta Palestin di Pakistan, Dr Hazem Abu Shanab dan pemimpin Pakistan serta ulama yang terkenal juga akan mengambil bahagian dalam satu program yang akan diadakan sebagai menghormati pasukan Asia ini.

Lebih banyak lagi pasukan dari benua lain yang akan menyertai Global March to Jerusalem pada 30 Mac.






0 comments:

Post a Comment