March 21, 2012

Tidak akan Konfrontasi Israel





BETHLEHEM (Ma'an) - Penganjur perhimpunan antarabangsa yang akan mengadakan perhimpunan untuk menyokong Palestin pada akhir bulan ini berkata pada hari Ahad lalu bahawa mereka tidak berminat untuk berkonfrontasi dengan tentera Israel, selepas demonstrasi yang sama pada tahun sebelumnya berakhir dengan pertumpahan darah.

"Kami semua bukan tentera, tetapi pertubuhan aman popular antarabangsa yang bertujuan menunjukkan perpaduan terhadap Palestin dan Jerusalem," kata jurucakap Global March to Jerusalem, Zahir Al-Birawi kepada Ma'an.

Pergerakan ini, yang menyenaraikan Noble Laureates Archbishop Desmond Tutu dan Mairead Maguire sebagai penasihat, mengatakan mereka akan mengadakan perhimpunan serentak di 60 buah negara pada 30 Mac, yang melambangkan Hari Tanah Palestin.

Hari Tanah Palestin adalah bersempena memperingati kematian enam penduduk Palestin di Israel, yang mengambil bahagian dalam mogok umum yang membantah keputusan Israel untuk merampas tanah milik persendirian rakyat Palestin pada tahun 1976.

Hari Tanah Palestin yang lepas telah menyaksikan bantahan rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Israel, dan tidak ada mangsa yang terkorban.

Tetapi dua bulan kemudian perhimpunan serentak diadakan untuk memperingati Nakba - 'malapetaka' telah berlaku apabila beribu-ribu rakyat Palestin terpaksa keluar atau melarikan diri daripada pertempuran yang akhirnya membawa kepada penubuhan Israel - dan membawa beribu-ribu pelarian ke arah sempadan Israel di Lubnan, Syria dan Gaza, menyebabkan 13 orang mati ditembak Israel .

Pada bulan Jun, beratus-ratus penunjuk perasaan di Syria menyerbu garisan gencatan senjata Israel di wilayah Golan Heights yang dikuasai, pada hari Naksa, iaitu pada ulang tahun peperangan pada tahun 1967 apabila Israel merampas Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Sinai dan Bukit Golan. Damsyik melaporkan 23 terbunuh apabila tentera Israel melepaskan tembakan, sementara Israel mempertikaikan jumlahnya.

Satu kenyataan dari pergerakan itu berkata, ketika perarakan Hari Tanah "rakyat Palestin dan penyokong antarabangsa akan berusaha untuk menghampiri Jerusalem sehampir yang mereka boleh: sama ada di sempadan Lebanon dan Jordan, iaitu di pusat pemeriksaan di Tebing Barat, atau di lintasan Erez di Gaza."

Zahir Al-Birawi memberitahu Ma'an bahawa beliau menjangkakan berjuta-juta peserta akan mengambil bahagian pada tahun ini, dan bantahan popular ini telah diselaraskan dengan kerajaan di Jordan, Mesir dan Lebanon, walaubagaimanapun tidak di Syria.

Penganjur sedang menunggu pengesahan daripada kerajaan Jordan untuk lokasi yang paling sesuai bagi mengadakan protes di negara ini, manakala protes di Mesir telah dirancang untuk diadakan di Masjid Al-Azhar, Tahrir Square, dan di kejohanan sukan peringatan di Kaherah.

Di Lubnan pergerakan popular ini bekerja keras untuk menentukan lokasi bagi mengadakan perhimpunan berhampiran sempadan Israel, dan di Syria penganjur menyelaras lokasi protes dengan penduduk tempatan Palestin.

Al-Birawi menegaskan bahawa perhimpunan juga akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia untuk membantah pendudukan Israel.

Di Palestin, perhimpunan telah dirancang selama empat bulan, ahli jawatankuasa penganjur, Salah Khawajah memberitahu.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur lebih menekankan situasi damai daripada bantahan.

"Dalam pergolakan yang berlaku di seluruh Timur Tengah, demonstrasi-demonstrasi anti ganas pada Hari Tanah Palestin tahun ini mungkin menandakan satu titik perubahan dalam perjuangan Palestin bagi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri," kata satu kenyataan pergerakan itu.










0 comments:

Post a Comment