
Kami, Lembaga Penasihat Global March to Jerusalem, cemas dan amat susah hati terhadap penindasan yang berterusan ke atas rakyat Palestin di Baitulmuqaddis dan juga cubaan sengaja dan sistematik untuk mengusir dan mengurangkan jumlah penduduk Islam dan Kristian Palestin di Bandar Palestin sebagai sebahagian daripada polisi yang dipanggil "Judaisation," yang mana sedang dilaksanakan di setiap bahagian Palestin yang bersejarah.
Polisi ini tidak konsisten dengan semua resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan Jerusalem dan bertentangan dengan prinsip-prinsip yang paling asas dalam undang-undang antarabangsa. Tujuannya adalah jelas, iaitu untuk membersihkan Baitulmuqaddis daripada penduduk bukan-Yahudi dan sekaligus mengubah simbol kebanggaan dengan toleransi antarabangsa dan kepelbagaian agama dan budaya atas alasan exclusionary dan perkauman.
Baitul Maqdis adalah warisan sejagat milik kita bersama. Ia adalah pusat kerohanian dan kepentingan ideologi untuk semua agama monotheistic, dan simbol kebebasan dan harapan untuk mereka yang tertindas. Bandar bersejarah ini dihormati di seluruh dunia untuk meningkatkan warisan spiritual semua manusia; ia telah menjadi simbol perpaduan dan kesamarataan, dengan mesej kasih sayang, rahmat dan belas kasihan.
Walau bagaimanapun, seluruh dunia kini menyaksikan ancaman kepada kedaulatan, kesucian dan maruah Jerusalem. Rancangan itu bukan sahaja untuk memusnahkan kehadiran Islam dan Kristian, tetapi juga untuk menukar dan merombak struktur sosial Jerusalem, berdasarkan identiti asli peribumi Arab dan juga menukar ciri-ciri bandar.
Oleh itu, rakyat dunia mestilah mengambil berat isu ini untuk mencegah kekejian ini, dengan menggerakkan diri mereka dalam setiap bahagian dunia serta mewakili semua latar belakang agama, kemanusiaan, dan kebudayaan dalam perarakan global ke Jerusalem (GMJ) yang bertujuan untuk menjaga Kota keamanan daripada menjadi tanah terbiar disebabkan sikap tidak bertoleransi. Oleh itu, kami meminjamkan nama kami untuk menyokong perhatian orang ramai dari semua negara dan benua dunia ke Jerusalem, dan ke satu titik yang terdekat yang mereka dapat dekati, iaitu di dalam Palestin dan di sempadan Palestin dengan Jordan, Mesir, Syria dan Lubnan, serta di negara-negara mereka sendiri, dalam satu perarakan secara aman menuju ke Jerusalem.
Oleh itu, kita menyokong usaha ini, dan menggalakkan semua umat manusia untuk menyokongnya, dengan membuat ikrar yang dinyatakan di bawah, yang mana semua peserta di Global March to Jerusalem telah bersetuju untuk menerima.
Kami menegaskan kepentingan Jerusalem secara politik, budaya dan agama untuk rakyat Palestin dan umat manusia secara menyeluruh. Kami menuntut perlindungan Tempat Suci dan semua tapak arkeologi dan menganggap semua usaha yang dilakukan untuk menukar identiti Arab & budaya sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Kami menyeru kepada semua institusi antarabangsa untuk melakukan tugas mereka ke atas Bandar ini.
Benteng pertahanan Jerusalem dan usaha pembebasannya adalah kewajipan semua manusia di seluruh dunia dan kami menyeru semua institusi, organisasi, dan individu untuk mengambil bahagian dalam tugas ini.
Kami mengutuk kempen Zionis atas usaha pembersihan etnik di Baitulmaqdis dan seluruh Palestin termasuk semua polisi yang dilaksanakan atas tujuan mengubah keadaan demografi dan geografi di bandarnya dan ditumpukan kepada usaha mengyahudikannya. Kami juga mengutuk penerusan tentera Zionis dalam pembinaan dinding apartheid yang bertujuan merampas lebih banyak tanah Palestin dan menukarkan kawasan yang dijajah kepada kawasan-kawasan yang lebih kecil dan diasingkan antara satu sama lain.
Kami menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan pilihan mereka sendiri, untuk membebaskan tanah mereka dan hidup dalam kebebasan dan bermaruah seperti semua manusia lain di atas muka bumi.
Kami menyokong hak-hak yang tidak boleh dirunding & tidak terpisah dari Rakyat Palestin, termasuk keluarga mereka, untuk kembali ke rumah dan tanah mereka dari mana mereka asal.
Kami menolak semua undang-undang perkauman yang membezakan manusia berdasarkan kaum atau agama dan menyeru mereka untuk membatalkan semua usaha mereka dan jenayah yang dilakukan.
Global March to Jerusalem tidak mewakili mana-mana puak atau parti politik, tetapi kami menyeru semua pertubuhan sosial, parti politik, dan ideology untuk menyertai kami.
Global March to Jerusalem adalah satu pergerakan global yang aman, yang tidak menggunakan keganasan untuk mencapai matlamatnya.
Ditandatangani,
Lembaga Penasihat Global March to Jerusalem (sebahagian nama yang disenaraikan)
1. Shaikh Dr. Abdul Ghani al-Tamimi, penyair dan pendakwah; pengerusi Palestine Scholars Abroad
2. Abdullatif Arabiyyat, Bekas Speaker Parlimen Jordan
3. Swami Agnivesh, Pengasas, Bonded Labour Liberation Front and World Council of Arya Samaj, bekas ahli Parlimen India dan bekas pengerusi UN Voluntary Trust Fund on Contemporary Forms of Slavery
4. Ahmad Obeidat, Bekas Perdana Menteri Jordan & Ketua the National Front for Reform
5. Dr. Ahmed Mohammed attia Bahar, Naib Presiden, Palestinian Legislative Council
6. Tan Sri Anthony Francis Fernandes, usahawan Malaysia, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Air Asia
7. Dr Anton Shuhaiber, Gaza Christian Association
8. Arnold Hottinger, Swiss, wartawan dan jurnalis; bekas wartawan Timur Tengah untuk Neue Zürcher Zeitung.
9. H.E. Atallah Hanna, Archbishop of Sebastia, Patriarchate of Jerusalem
10. Bouguerra Soltani, Menteri Kerajaan Algeria dan pemimpin parti Movement of the Society for Peace
11. Dr. Cornel West, Profesor kajian Afrika Amerika. Universiti Princeton, ahli falsafah, penulis dan aktivis hak asasi sivil
12. Datuk Yasmin Yusoff, pelakon dan hos televisyen Malaysia
13. David Hartsough, Pengarah, Peaceworkers, San Francisco
14. Archbishop Desmond Tutu, Nobel Peace Laureate
15. H.E., Dr Dzukelly Ahmad, ahli parlimen Malaysia
16. Evelyn Hecht-Galinski, penulis Yahudi Jerman, aktivis dan jurnalis
17. Dr. Francis Boyle, Profesor Undang-Undang Antarabangsa, University of Illinois
18. Dr. Franco Cavalli, pakar onkologi dan bekas pemimpin parti Swiss Social Democrat Party
19. George Galloway, bekas Ahli Parlimen British dan Pengasas Viva Palestina
20. Dr. Ghada Karmi, Penulis dan Co-Director, , Centre for Palestine Studies, University of Exeter
21. Gretta Duisenberg, Pengasas dan Pengerusi, “Stop the Occupation” (Netherlands), Free Gaza Movement Board Member
22. Dr. Hammam Said, Ketua Jordanian Consultative Council of the Muslim Brothers
23. Hilarion Capucci, Archbishop of Caesarea, Greek Melkite Church
24. Ibrahim Nasrallah, penyair dan novelis Jordan-Palestin
25. Dr. Jeremiah Wright, Pastor Emeritus, Trinity United Church of Christ, Chicago, Illinois, USA
26. Prof. Judith Butler, penulis dan ahli falsafah, Universiti California, Berkeley
27. Laith Shubeilat, Bekas Ahli Parlimen Jordan
28. Lalita Ramdas, Pengerusi, Greenpeace International
29. Admiral Laxminarayan Ramdas, Penerima Anugerah Magsaysay Peace Award dan peguam bela anti-nuklear
30. Dr. Leo Gabriel, Austria socioanthropologist, wartawan dan pembikin filem dokumentari; ahli, World Social Forum International Council
31. Fr. Louis Vitale, Pemerintah Franciscan Monks; Pace e Bene; nonviolent resistor
32. Rabbi Lynn Gottlieb, Jewish Renewal Movement
33. Tun Dr. Mahathir Mohammed, bekas Perdana Menteri Malaysia
34. Mairead McGuire, Keamanan Nobel Laureate
35. Marzuki Alie, Speaker, Indonesian House of Representatives
36. Marwah Daud Ibrahim, aktivis feminis Indonesia, writer and Member of Parliament
37. Medha Patkar, Pemimpin, National Alliance of People’s Movements; penerima anugerah Right Livelihood
Award, Goldman Environment Prize dan Amnesty International Human Rights Defenders Award
38. Dr. Mustafa Barghouti, Ketua Setiausaha, Palestinian National Initiative dan Presiden, Union of Palestinian Medical Relief Committees
39. Neta Golan, Pengasas, International Solidarity Movement
40. Dr. Norman Paech, bekas Ahli Parlimen Jerman; profesor undang-undang, Emeritus, University Hamburg
41. Sheikh Raed Salah, Presiden Islamic movement within the 1949 Ceasefire Line
42. Hakim Rajinder Sachar, Bekas Ketua Hakim Negara, Mahkamah Tinggi Delhi, Ahli UN Sub-Commission
on Prevention of Discrimination and Protection of Minorities. Penasihat Kanan & Peguam, People’s Union for Civil Liberties
43. Ronnie Kasrils, pemimpin kemerdekaan kebangsaan Afrika Selatan dan bekas menteri kabinet
44. Seema Mustafa, kolumnis Bersindiket & bekas editor politik Asian Age
45. Prof. Siddique Hassan, Pengarah, Wawasan 2016 dan Penolong Amir Jamaah-e-Islami, Hind
46. Subhi Ghosheh, Pengerusi, Jordanian Beitul-Maqdes Forum
47. Syeda Hameed, kolumnis, India Express, dan Ahli, Indian National Planning Commission
48. H.E. Tony Pua Kiam Wee, ahli parlimen Malaysia
49. Tujan Faysal, wanita pertama yang dipilih menjadi Ahli Parlimen Jordan
50. Admiral Vishnu Bhagwat, Bekas Ketua Staf Tentera Laut India
51. Puan Wardina Safiyyah, pelakon dan hos televisyen Malaysia
52. Dr. Yacoub Zaiadeen, Bekas Wakil Jerusalem ke Parlimen Jordan
53. Sheikh Yousuf Jumaa, bekas Menteri Palestinian Minister of Awqaf and Religious Affairs; bekas pendakwah Masjid Al-Aqsa
54. Dr. Zakaria Agha, M.D., ahli, Palestine Liberation Organization Executive Committee; bekas pengerusi, Gaza Strip Medical Association
55. Dr. Zeenat Shaukat Ali, Pengarang; Naib Pengerusi dan Pemegang Amanah Pengasas SAGE Foundation; Profesor Pengajian Islam, St. Xavier’s College, Mumbai
Artikel asal: http://gm2j.com/main/blog/2012/03/06/world-leaders-unite-for-global-march-to-jerusalem/




0 comments:
Post a Comment