April 1, 2012

Aktivis GMJ di Australia


Jumaat, 30 Mar 2012 / Press TV / - (Sydney) Satu protes berlaku di Sydney sebagai sebahagian daripada tindakan pada hari global bagi menyokong aktivis antarabangsa yang cuba untuk memasuki Jerusalem / Al Quds yang masih menjadi bandar tertutup. Perarakan Global ke al-Quds adalah satu pergerakan antarabangsa secara aman yang juga mengutuk penjajahan Israel ke atas bandar Palestin yang suci.

Satu bantahan berlaku di Sydney pada hari Jumaat menunjukkan perpaduan dengan aktivis antarabangsa yang mengambil bahagian dalam Perarakan Global ke Jerusalem al-Quds, atau GMJ.

GMJ dianjurkan bersempena dengan Hari Tanah Palestin pada 30 Mac. GMJ adalah satu acara antarabangsa, membawa aktivis dari seluruh dunia yang akan cuba berarak secara aman ke Jerusalem al-Quds dan menuntut agar bandar itu menjadi sebuah bandar yang terbuka dan bahawa kuasa-kuasa penjajahan Israel perlu menamatkan apa yang mereka panggil aparteid, pembersihan etnik dan dasar mengYahudikan Jerusalem yang memberi kesan kepada rakyat dan tanah Baitulmuqaddis al-Quds. Bantahan yang sama telah berlaku di pelbagai tempat di bandar-bandar di seluruh dunia dalam menyokong GMJ itu.

Penunjuk perasaan berarak ke salah satu daripada kafe francais milik Israel, Max Brenner yang telah menjadi sasaran kempen Boikot, Pelupusan dan Sekatan, atau protes BDS (Boycott, Divestment and Sanctions campaign) di seluruh negara. Max Brenner merupakan syarikat milik Israel 100%, Kumpulan Strauss, salah satu syarikat makanan dan minuman yang terbesar di Israel. Kumpulan Strauss berbangga dengan sokongan yang ia berikan kepada tentera Israel and berkata ia mahu "memaniskan saat istimewa mereka", terutamanya briged Golani dan Givati ​​Kuasa Penjajahan Israel. Walaupun informasi ini telah dihapuskan dari laman web Bahasa Inggeris Kumpulan Strauss, ia boleh didapati dalam versi Ibrani di laman webnya.

Pelajar Keadilan Palestin di kedua-dua cawangan Sydney dan Melbourne berkata mereka telah menjadi sasaran dan didekati polis yang mana telah menahan 19 orang di Melbourne dan 2 di Sydney. Menurut penganjur, polis Victoria telah menyerang peserta protes Max Brenner dengan ganas pada 1 Julai, 2011, dan menahan 19 orang, yang peristiwa ini dikenali sebagai tragedi Boikot Israel 19, dan menjadi salah satu penangkapan politik terbesar dalam dekad ini.

Penunjuk perasaan juga berkata mereka menjadi sasaran fitnah dalam media arus perdana. Satu siasatan media oleh Majlis Akhbar Australia pada bulan November lalu, mendapati bahawa artikel yang disiarkan dalam akhbar Australia yang berkaitan bantahan memboikot Israel, telah melanggar amalan piawaian majlis. Beberapa artikel yang diterbitkan untuk akhbat tersebut menggambarkan kempen BDS sebagai anti-Semitik dan perkara ini menimbulkan kemarahan aktivis BDS yang mengatakan bahawa ia adalah gambaran yang tidak tepat terhadap kempen mereka kerana kempen mereka bertujuan untuk mendesak Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa dan menamatkan pencabulan hak asasi manusia . Ahli politik dan orang lain yang berprofil tinggi di Australia juga telah mengutuk protes ini secara terbuka dan menyamakan penunjuk perasaan tersebut dengan kumpulan Nazi, sesetengah daripada mereka menganjurkan 'sit-in' di kafe tersebut bersama-sama, untuk menunjukkan penentangan mereka kepada protes. Penganjur berkata, mereka tidak akan gentar dengan kezaliman polis mahupun berita akhbar yang dusta itu serta ahli politik, dan berkata bahawa mereka tidak akan disenyapkan dengan perkara ini dalam membangkang jenayah Israel.

Penunjuk perasaan menyuarakan keperluan untuk meneruskan kempen BDS di Australia dan berkata bahawa, sama seperti boikot di Afrika Selatan, kempen ini adalah alat yang penting untuk menekan Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan menamatkan jenayah perang terhadap rakyat Palestin. Mereka berkata boikot menjadi sesuatu yang perlu apabila kerajaan seperti Australia tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan jenayah Israel sambil mengatakan  bahawa BDS adalah orang biasa yang menggunakan kuasa mereka.




0 comments:

Post a Comment