April 2, 2012

MyGMJ Flash Mob @Unimas, Sarawak

UNIMAS 30 Mac 2012 : Satu flashmob yang 'dilakonkan' oleh 40 orang mahasiswa-mahasiswi pelbagai kaum dan agama di unimas telah diadakan bagi memperingati The Palestine Land Day dan juga tanda solidariti kepada Malaysian Global March to Jerusalem (MyGMJ). Flashmob yang berlangsung di hadapan Dewan UNIMAS kampus Timur itu berjaya menarik perhatian masyarakat UNIMAS dengan mesej kebangkitan solidariti mahasiswa demi pembebasan tanah suci semua agama, BaitulMaqdis palestin.

Sebelum flashmob berlangsung, satu khutbah khas telah disampaikan oleh YDP MPP UNIMAS, Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar. Beliau telah mengupas persoalan-persoalan penting mengenai isu Palestin dan tanggungjawab masyarakat dunia terhadap isu ini.

Seawal jam 1.30 tgh, pelajar perempuan dan pelajar bukan Islam telah berkumpul bagi menunggu pelajar lelaki selesai bersembahyang Jumaat. Sebaik sahaja selesai sembahyang, Saudara Haris Shahrim, Mantan Presiden Asasi UNIMAS melaungkan slogan solidariti dan meminta agar mahasiswa berkumpul. Seterusnya, Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar YDP MPP UNIMAS dijemput untuk menyampaikan pidato 'Mahasiswa dan Agenda Pembebasan Palestina' ketika flashmob berlangsung. 

Flashmob ini dianjurkan oleh 'Aktivis MyGazaMission UNIMAS' dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad. Saksikan video yang telah disediakan;




0 comments:

Post a Comment